Thursday, May 24, 2012

Jangan mudah ...

Mendapat panggilan daripada ma sekitar pukul 10.30 mlm tadi, Allah, tenang dalam diri dapat dengar suara ma. Bertanya kabar si anak bila mahu pulang, "Ma, ore kelik lambat ckit kot, asignment bnyok lagi xsiap, trikh ata xlamo doh..hmm" . " Ma sbenarnya ado nok tnyo benda nih, Ma Jaya (mok sedaro) kato mu masuk tb? jolo ko? " Masuk tb? Aih, bilo maso ore masuk tb.." " Dio kato masuk tb sbb g BERSIH hari tu." Owh..ore xmasuk tb pom ma, ore masuk gambar dale fb jah..xdok gapo2 pom..." "Xthula, ma jayo kato mu msuk tb" Dok eh ma, buke masuk tb pom...ore masuk gambar dale fb jah..tp bju BERSIH tu ore paka la..huhu" "Buke gapo, ma rusim jgok tkut jadi gapo-gapo.." Xpo ma, xsoh risa, xdok gapo eh.." :)


Rusimnyo ma sayo takut sy btol2 msuk tb, keno than polis. InsyaAllah, xdok gapo ma, ore selamat jah cni, buleh ngaji supo biasa, buleh raso tekanan macam biaso.. :)


Apa yang berlegar skrang, mesti terdapat mulut-mulut yang oyak dan sebar benda xbetul nih..Sayo tahu, spupu spapat sayo ore2 kuat UMNO. Tp jangela kerano UMNO, sanggup hilang tali persaudaraan. Sayo ni daroh panas jgok sbenarnyo, tamboh-tamboh kalu maen bab goni ( abih tubik Kelate, hok niat sbenarnyo nok taip skima) .. .. Xpola sepupu, mgkin anggapan sayo silap, ampum maaflah dipinta :)


" Aku ke BERSIH bukan stand ak sbg ko pnya spupu, tp sbg rakyat MALAYSIA"


Terlintas, daripada taip updated blog ni, baek taip esemen hok belambak tuh...aiseh. Esok last kelas untuk Sem ke4, buka sem depan 3rd year sudah, Oh masa...Walaupun last kelas esok, asignment masih bertimbun xsiap, harapnya sempatla siap sblum due date tuh.. Allah, permudahkan urusan segala.


Hati sering kali sunyi,
Bersendiri,
Perlukah mencari, 
Atau menanti?


kah3...bermadah...


Cuba sabar dengan apa yang berlaku, ketetapan Allah adalah ketetapan yang terbaek, doakan dan terus doakan semoga apa yang diimpikan ditunaikan. Allah tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya.


Semangat gak ckit quwe!!!

Sunday, April 29, 2012

Dijauhi...


Hampir - Hujan


Senyum mentari ku senyum namun senja tetap datang berpantun
Kau janjikan kegelapan kepada ku indah berbeza ditemani bintang

Teman datang dan pergi
Hati bersepah dengan memori
Hujan berbicara dengan ku
Pesan nya agar ku berdiri

Hilang hampir di telan asmara hilang ku percaya ku pada semua nya
Genggaman erat takkan ku lepas biar apapun kata si bintang ku nantikan pagi
Aku hampir di telan asmara hilang ku percaya ku pada semua
Genggaman erat takkan ku lepas biar apapun kata si bintang ku nantikan pagi


Bila ak rasa bersendiri, dijauhi,
Lagu ini menemani..

Aduss, susah manusia kalau bermain dngn perasaan,
Satu ubat utk mnghalang adalah KAWAN.
*dan Jozan :)

Jika ingin terus jauh, khabarkan, diterima dgn redha.. :)




ADEH, UPDATED BLOG ????????

Saturday, July 2, 2011

Agenda Terus Berleluasa!



LIPAT
Aku akan ambil sikit masa untuk menerangkan berkaitan perkataan yang dapat memberi impak atau kesan yang cukup mendalam buat diri aku dan orang-orang tertentu. hoho. Satu perkataan yang cukup-cukup sensitif untuk didengar oleh golongan-golongan tertentu. Bunyi ayat macam sangat "suspicious" jah. ;) Agenda yang akan terus menerus berlaku tanpa ada benda yang dapat menghalang. hoho.


Perkataan di atas dapat diterjemahkan dengan pelbagai makna. Antara yang paling famous setakat ni adalah ianya berkait dengan MASA dan juga JANJI. hoho. Aku akan bagi satu kondisi yang menggambarkan keadaan LIPAT ini berlangsung.


.
.
.
.
.
..
..
...
...
....


( nada mesej bunyi ) >>


tse : mai umoh body lalu, ado wat make
kame : make gapo? sate ko?
tse : lebih kure, demo mari la
kame : bereh2, kawe OTW
tse : jge lipat sudoh, haha
kame : deemooo...




.
.
.
.
..
...


Kondisi di atas melibatkan dua watak yang agak femes dalam agenda lipat melipat. tapi mungkin seorang sahaja yang LEBIH menonjol, bakal orang Johor. hoho ;) Kita boleh describe sendiri yang mana satu boleh kita katakan agenda lipat itu berlaku, antara " ajakan tse" ataupun "OTW kame". Kedua-dua keadaan ni boleh dikatakan lipat sekiranya tse sekadar mengajak kame, walhal body tidak prepare gapo-gapo pon untuk buat make atau sebagainya atau "OTW kame" tu hanya sekadar OTW dalam mesej, dan bukan praktikal. Mungkin ketika perkataan OTW ditaip, dia sedang makan nasi rumoh dio atau baru selesai mandi? mungkin. hoho. Jadi, bergantung kepada situasi tetapi agenda lipat ni selalu lebih kepada MASA dan JANJI. itu paling penting! hoho ;)


.
.
.
.
..
...


Tetapi ikhlas dari diri aku, apa yang paling dan sangat penting adalah, agenda LIPAT dapat memberi kemanisan ukhwah kepada diri aku. LIPAT dapat memberi gelak tawa, suka dan duka serta segalanya..


Ops, aku lupa. Antara tokoh yang femes dale lipat melipat juga adalah Naqiu, hatta nama Kolony dio pon ore letok NAQIULIPAT. Selain tu, Ramlie Sam-Sam a.k.a Akhil, sapa tahap NAQIULIPAT pon terguris dengan lipatan dibuat oleh Akhil. Aku pun pernah merasa lipatan Akhil, meme terguris ah! hoho ;)


Aduhh..panjela pulok kalu updated. hoho ;) Xpolah, aku harap agenda LIPAT akan terus berleluasa demi kemanisan ukhwah yang akan terus dapat dirasa. hoho ;) tp kalu kuat-kuat sakit hati jugok.. hoho =__="


" MAJULAH LIPATT UNTUK NEGARA"






p/s: Bakal bertolak ke KL untuk BERSIH seterusnya ke Kedah untuk kerja, 
       mohon doa dimudahkan segalanya..Amin...



Monday, June 13, 2011

Kelate Tetap DHati !


GOMO KELATE GOMO !!


mood : the red worriors !!

Tuesday, April 26, 2011

Ujian !

Oh, berkurun lamanya blog tdk diupdate,
Bukanlah sbb ketiadaan masa,
tetapi MALAS.

Ok, bagi mengukuhkan lagi KEMALASAN update blog ni,
Post untuk kali ini hanya

" Aku doakan supaya diri dan sahabat-sahabat dipermudahkan dalam mengahadapi Final, semoga kejayaan dan kecemerlangan bersama kita semua.. Amin Ya Rabb"

-meja study E306-


p/s: hati & rasa sering berubah musim ni, oh apakah?

Saturday, April 2, 2011

Cinta Ukhwah Fillah !

  Remaja dan cinta- dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lalu hati remaja sering berkata “ apakah salah kami bercinta?” ya..rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Namun, Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan  cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang seringkali dilanggar. Disinilah remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah.

            Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana Allah mencintai manusia. Allah ingin keselamatan  dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadi. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta terlarang akan membawa banyak implikasi negative dalam kehidupan.

Kini muncul pula fenomena baru, ‘cinta ukhwah’ yang mula bertiup hebat di kalangan para remaja dakwah yang digelar ‘mujahid/mujahidah’ muda. Semoga persoalan yang dilontarkan cukup untuk membuka mata para mujahid muda dalam menafsir erti ukhwah fillah. Menurut seorang ustaz, istilah cinta ukhwah terbit hasil dari islamisasi perasaan cinta remaja yang dialami dan istilah ini jelas ditujukan buat para mujahid muda. Amat malang apabila melihat kesucian ukhwah itu dicemari oleh mereka yang bergelar mujahid muda. Keliru atau mengikut nafsu?

            Tidak salah berukhwah tetapi para mujahid harus sedar, wujudnya hijab yang kuat dalam ukhuwwah antara seorang ar-rijal dan an-nisa’. Berhubung secara kerap atau boleh menimbulkan fitnah dan maksiat jelas dilarang dalam agama. Ingatlah mujahid muda, bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa sekalipun. Cuma kita yang kadang-kadang cuba ‘menghalalkan’ dengan membuat alasan pelbagai itu dan ini.

            Kesimpulannya hanyalah satu, bercintalah secara berilmu. Jangan rosakkan dunia intelektual Islam dengan suasana jelik penuh hipokrit. Jangan nanti ilmu hilang, cinta pun melayang. Bersabarlah sebentar atas nama ilmu. Jodoh tak ke mana. Yang akan ke mana adalah nilai diri dan kesan budaya intelektual di kalangan anda. Malulah dengan hati yang baik dan perasaan yang telah lama terdidik yang mungkin lebih tahu berbanding nafsu yang sering mengajak dan kita terus menurut. Jangan memangsakan ungkapan ukhwah fillah hanya untuk menutup niat lain kita. Semoga kita sentiasa dirahmati dan mendapat petunjuk Ilahi..


p/s: Cinta kepada Allah, kekal dan hakiki.

Related Posts with Thumbnails

..